<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8144446028418364159?origin\x3dhttp://sitisarahofficial.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Disclaimer
Hello , you've visited to ALGWALT's blog. ALGWALT stands for A Little Girl With A Little Thought, follow this blog to read the latest update, no spamming, no harsh on my cbox, just leave your link there, i'll visit your blog later.


Derpinah


Cause here we go go go again. Hard as I try I know I can't quit. Something about you is so addictive

leave your footprints



Surat Misteri Si Pelaku Dosa Friday, January 4, 2013 0 notes



Jalan-jalan..

tiba-tiba tersepak kertas..
macam surat..

then baca..






_____________________________________________________________________________

"Maksiat, maksiat, maksiat.. iiiishh bertambah lagi dosa.."
Hari ini..
aku betul-betul bingung dengan diriku..
entah apa nak jadi..
sampai sekarang, aku masih lagi tak serik-serik buat dosa..
apabila ada saja godaan nafsu dan syaitan yang datang,
aku terus menjadi lemah.. lantas mengalah..
aku membiarkan jiwaku rosak dimamah dosa..
aduh.. mengapa begini.. mengapa begini? teruknya!!
apa patut aku buat? 


bertaubat? Hmmm..


Dulu aku dah bertaubat..
Aku berazam tidak akan mengulangi dosa lalu..
Aku juga pernah menangis..
menangis sungguh-sungguh, menyesali kelemahanku..
Tapi.. semua tu hanyalah seketika..
Kali ini, aku kalah lagi dengan pujuk rayu syaitan..
Aku jatuh lagi ke lembah dosa..
aku sendiri yang menzalimi diriku..
Aku main-main dalam bertaubat..
lepas taubat, buat lagi..
lepas taubat, ulang lagi..
lagi, lagi dan lagi..
kenapa dengan aku ni? kenapa?
Arghh!! teruknya iman aku..
rasa macam nak give up saja..

_________________________________________________________________


Opppssssssssssss!!! jangan!! 

Jangan give up!
Jangan sesekali berputus asa.. Jangan berputus asa daripada Rahmat Allah..



Ingat.. memang Allah tidak suka sekiranya kita selalu buat dosa.
Tetapi Allah lebih tidak suka sekiranya kita berputus asa dari rahmat-Nya.

Hanya orang-orang yang ingkar pada Allah sahaja yang akan berputus asa.

..إِنَّهُ لاَ يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ..

"... dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa daripada rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang ingkar."
[Surah Yusuf, 12: 87]

Kita tidak ingkar pada Allah bukan?
Kita masih beriman bukan?
maka.. janganlah berputus asa.

Selalu berbuat dosa, itu perkara biasa.
Sebaik-baik pelaku dosa ialah yang bertaubat. Maka bertaubatlah..

"Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat."
[Riwayat Tirmizi]

Meskipun kita selalu kalah, jatuh tersungkur ditolak nafsu,
jangan biarkan diri menjadi lemah. Bangunlah..
Bangun kembali. Segera bangkit.

Jangan biar diri terus jatuh..

Minta maaf pada Allah!
Mohonlah kekuatan & petunjuk daripadaNya..

Teruskan usaha mencari keampunanNya.. Jangan give up!!

Cuba hayati betul-betul pujukan daripada Allah Yang Maha Pengampun ini;

يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ
 إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

"Wahai hamba-hambaKu yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa kesemuanya.
esungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
[39:53]

Subhanallah.. luasnya rahmat pengampunan Allah..
Perhatikanlah kasih sayang daripada-Nya. Sungguh agung bukan?
Tidak tertanding oleh apa-apapun.

Dalam satu hadis Nabi s.a.w. yang panjang, Nabi s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :


Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: 
"Wahai Tuhanku ampunilah dosaku."


Lalu Allah 'azza wa jalla berfirman: "Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya."


Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: 
"Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku."


Lalu Allah berfirman: "HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya."


Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: 
"Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku."


Lalu Allah berfirman: "Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu, Aku ampunkan engkau."


[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Allahuakbar.. Baiknya Allah.. ^^

Duhai diri.. teruskanlah bertaubat..
Berhentilah mengumpul azab..
Segeralah memohon keampunan daripada-Nya..
Dan segeralah mencari redha-Nya.
Usahakan kehidupanmu demi Rahmat Allah. ^^



*by the way... surat siapa ni?

COMMENT THIS POST