<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8144446028418364159\x26blogName\x3d//Siti+Sarah+Official\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://sitisarahofficial.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://sitisarahofficial.blogspot.com/\x26vt\x3d7884010650297756394', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Disclaimer
Hello , you've visited to ALGWALT's blog. ALGWALT stands for A Little Girl With A Little Thought, follow this blog to read the latest update, no spamming, no harsh on my cbox, just leave your link there, i'll visit your blog later.


Derpinah


Cause here we go go go again. Hard as I try I know I can't quit. Something about you is so addictive

leave your footprints



Bukan Kerana Dunia Wednesday, December 17, 2014 0 notes
Matanya memandang ke langit. Hujan masih tali-bertemali turun dari langit yang sudah tiada awan menghiasinya. Senyum, sambil matanya dipejam. Subhanallah, sejuknya. Angin sejuk, bau hujan dan bunyi titis air yang turun ke bumi membuatkan dia rasa suatu perasaan yang sungguh dekat pada Yang Maha Mencipta. Tenang. Ya, dia rasa tenang. Tenang kerana ingatan dan hatinya kembali ada pada Allah.
Surah Ar-Ra’d ayat 28,
“ (iaitu)orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang tenteram.”
‘Tenang,bila hati ada pada Allah,’ Iman tersenyum lagi.
Sudah lama dia tak merasa hujan bumi Terengganu ini. Hampir tiga bulan dia tidak pulang, Jihad mencari ilmu di tanah asing.
Perasaan gementar tu memang ada bila tercampak kat Kuala Lumpur seorang diri dulu. Lepas SPM, kawan-kawannya berterabur merata di bumi Allah ini. Dan dia seorang saja yang mendapat tawaran ke Universiti Malaya di Pusat Asasi Sains di bawah tajaan JPA.
Ketika dia belajar, dia ada dapat tawaran medik ke Rusia tapi dia yang menolak, sebab cita-cita asal dia memang nak jadi jurutera dalam bidang kimia. Semoga Allah mengabulkan cita-citanya. Dia dah melangkah dua langkah dalam mengejar cita-citanya itu. Sekarang dia tengah bercuti tiga bulan,buka semester baru nanti, dia akan masuk ke tahun akhir dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia.
Memang universiti tempat dia belajar itu tak ada perkataan ‘ISLAM’ pada namanya. Tapi Subhanallah,rahmat Allah ada di mana-mana, seluas langit dan bumi. Dia tak sangka, dia bertemu dengan cinta di sini. Cinta Allah yang tak pernah meninggalkan dia sendiri. Dulu, hatinya tenang tapi tak setenang kini. Sebab kat sini dia belajar menjadi dewasa. Mengenali cita-cita sebenar seorang mujahid sejati. Syahid di jalan Allah swt.
*******
“Dan barangsiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan RasulNya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh,pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang.”
Ayat ke 100 daripada Surah An-Nisa’ itu selalu menjadi penawar hatinya bila kadang-kadang dia terasa lelah dengan perjuangan di rantau orang padahal dia ni belajar dalam negara,belum duduk luar negara lagi.
Hidup sebagai seorang Islam yang masuk keseluruhannya ke dalam Islam itu sememangnya manis. Kalau kita rasa lemah,kita ada ayat-ayat cinta daripada Dia untuk memujuk. Kalau kita rasa gembira pun,kita tetap ada. Dia tempat kita sandarkan rasa syukur yang tak terhingga. Alhamdulillah. Iman bersyukur dengan hidup yang dia ada.
Kalau dulu di sekolah menengah, dia rasa dia dah cukup baik. Dia percaya dia baik sebab semua orang kata dia baik. Berasal dari keluarga yang berlatar belakangkan agama yang boleh dikatakan utuh, buat dia menjadi rujukan kalau ada antara kawan-kawannya ada masalah di sekolah dulu. Astaghfirullah. Insaf bila teringatkan diri yang pernah bangga dengan diri sendiri, padahal ilmu agama yang dia ada tak sehebat sahabat-sahabat dia di sini.
Dan bumi Kuala Lumpur menyaksikan air mata seorang Muhammad Iman tumpah; bukan lagi kerana dunia tapi kerana merasa kecil dan lemahnya dia seorang hamba. Tegar saja dulu berasa dirinya hebat sedangkan ilmu agamanya sikit sangat-sangat.
Ya. Dia pernah pudar kerana dunia. Dia pernah tenggelam dalam cinta dunia. Dia malu dengan Allah. Dia pernah suka melebih-lebih pada seorang bukan muhrimnya. Dia tahu seorang muslim itu mesti menundukkan pandangan seperti dalam firmanNya dalam Surah An-Nur ayat ke 30,
“katakanlah kepada lelaki yang beriman,agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kehormatannya,yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”
Tapi rupa-rupanya iman seorang yang bernama Iman ini masih lemah diuji perhiasan dunia. Dia tahu apa yang dia buat itu salah, tapi waktu itu perasaan berdebar dalam hatinya tiap kali bertentang mata dengan Hanim terasa indah, mengaburkan dia tentang indahnya lagi mentaati perintah Allah dalam Surah An-Nur itu. Astaghfirullah. Hanim itu kawan satu sekolahnya, tapi dia tak pernah pun berbual; hanya memandang dari jauh.
Tapi diamnya dia bukan diam yang tiada gunanya. Diamnya dia selama ini daripada berbicara soal hati bukan diam yang sia-sia. Lima tahun. Hampir lima tahun dia simpan hatinya kejap-kejap dari diketuk mana-mana wanita. Mama asyik tanya betul ke dia tak ada kawan dengan siapa-siapa? Mama risau dekat dia macamlah dia anak perempuan,takut lambat jodoh. Iman tersenyum. Mama,mama. Kalaulah mencari calon isteri itu semudah memetik suis lampu, dah lama angah buat,ma. Tapi mamanya memang selalu pandai mematahkan hujahnya.
Hampir lima tahun dia tak bertemu gadis itu. Tapi namanya tetap ada dalam fikiran,dalam hati. Hanim Najwa.Lima tahun ini bukan lima tahun yang sia-sia baginya. Dia sudah berusaha sungguh-sungguh agar hatinya tidak tunduk dengan dunia.
Tak apa Iman, kalau betul jodohnya dengan Hanim, pasti Allah datangkan kembali Hanim pada dia. Kalau tak ada, insyaAllah pasti ada yang lebih baik menanti untuk menjadi suri hatinya nanti. Iman tak mahu risau lagi, sebab dia yakin Allah telah sediakan yang terbaik untuknya. Apa yang dia ingin lakukan, berjuang sungguh-sungguh di jalan Allah sebab dia sayangkan warisan tinggalan Rasulullah SAW ini. Syahid di jalanNya. Amin.
Bibirnya melafaz tasbih cinta.
Subhanallah. Alhamdulillah. Laa ilahaillah. Allahuakbar.
COMMENT THIS POST


Bila Iman Bersuara Wednesday, May 28, 2014 0 notes


Kita ni manusia biasa
Nak kata sempurna?
Check balik hati kita
Mungkin ada yang tak kena
Bila dah dikatakan manusia biasa
Tak pernah lepas kan dari melakukan dosa?
Orang yang dipandang mulia juga sama
Apatah lagi yang hina dina
Tapi kerana Maha Penyayangnya ALLAH
DIA tutup aib kita
Itupun masih kita nak sombong kita nak lupa?
Bila diri terasa berdosa
Itulah tanda iman mula bersuara
Kita ni dah terlalu lalai dan alpa
Maka kerana CINTAnya ALLAH pada kita
Dia beri rasa
Itulah rasa yang kita rasa
Rasa yang berdosa
Bila iman sudah bersuara
Janganlah kita ignore je
Bukannya apa
Bila dah tak terasa apa-apa
Maksiat pun dirasakan biasa
Hati-hatilah
Khuatir daripada Allah cinta jadi murka.
Yakinilah Allah
Beranilah melakukan sesuatu kerana-NYA.
Allah akan beri yang terbaik menurut-NYA.
Walaupun sesekali kita sombong merasakan kita ada segalanya.
Ini hanyalah kata-kata
Dari si pendosa.

Nak sesuatu yang ALLAH redha, jadi kenalah buat perkara yang Allah redha. Redha Allah tu bukan sekadar kata-kata tanpa makna. ;)
COMMENT THIS POST


BE THE PERSON YOU WISH TO MARRY. Friday, January 10, 2014 0 notes

  • pray
  • fear Allah
  • lower your gaze
  • don't talk to opposite sex
  • have sabr
  • be modest
  • maintain consistency
  • don't backbite
  • stay away from arrogance
  • gain ilm
  • do not speak unnecessarily
  • be humble
  • maintain proper adab
  • speak with knowledge
  • be just
  • know your obligations
  • do everything for the sake of Allah


be that and you'll get that inshaaAllah.

"And women of purify are for men of purify, and men of purify are for women of purify" (surah an-nur: 26)
half of marriage is being the right spouse. 
COMMENT THIS POST


Hadith Palsu Monday, December 16, 2013 1 notes
Assalamualaikum, 
Makin hari, makin banyak statement-statement ala-Islamik yang sangat tak mencerminkan keluasan ajaran Islam pun, wujud dan memenuhi alam maya.
"Setitik air mata perempuan yang mengalir kerana lelaki yang disayanginya, maka lelaki itu akan disebat 100 kali dengan tulang rusuk perempuan di akhirat kelak."
Saya nak tanya lah, secara serius la, kepada sesiapa yang pernah share statement di atas. Mana kalian ambil statement ini? Siapa yang mula-mula keluarkan statement ini di Internet? Dari mana rujukan dia? Mana hadith sohih yang menyatakan Allah atau Rasulullah SAW cerita sedemikian(sebab melibatkan akhirat, so mesti datang daripada Allah atau Rasulullah SAW)?
Saya sangat terkilanlah dengan penyebaran statement-statement sebegini. Lain kali, biasakan diri pegang AMANAH ILMU. Bila buat statement sebegini, yang menjanjikan azab siksa secara khusus sebegini, tunjukkan di mana dalilnya. At least letak di belakang statement itu: “Riwayat …..” begitu.
Dan saya yakin, statement di atas do’if atau palsu atas dua dalil:
Pertama - Mengikut kajian terhadap perbahasan Hadith, jelas bahawa Perempuan bukan diciptakan dari tulang rusuk lelaki. Ada hadith riwayat Bukhari(no 4890) yang menyatakan bahawa Perempuan diciptakan dari tulang rusuk, namun itu hakikatnya adalah perumpamaan untuk menyatakan perempuan itu ‘lembut’, tidak boleh diluruskan dengan ‘kasar’, jika tida ianya akan ‘patah’. Ini disokong oleh hadith-hadith Riwayat Bukhari yang lain yang tidak menyatakan Perempuan diciptakan dari tulang rusuk, tetapi menyatakan bahawa Perempuan adalah SEPERTI tulang rusuk(hadith Bukhari no 4889 dan 1468). Apatah lagi, Imam Bukhari tidak menamakan bab hadith-hadith itu dengan bab penciptaan wanita, tetapi dinamakan dengan nama “Bab Berlembut Dengan Wanita Dan Hadith Rasulullah SAW: Perempuan Itu Seperti Tulang Rusuk.”
Jadi, bila Perempuan bukan dicipta dari rusuk lelaki, maka mana relevannya statement lelaki akan dipukul oleh rusuk perempuan?
Kedua - Benda ini nyata rambang. Perempuan menangis kerana lelaki yang disayanginya, lelaki pula yang kena sebat. Sedangkan, kadangkala, perempuan sayang seseorang lelaki tanpa lelaki itu tahu. Dan kadangkala, perempuan menangis sebab rindu lelaki yang disayanginya, menangis sebab rasa jauh dengan lelaki yang disayanginya, dan banyak lagi sebab yang mana lelaki tidak boleh dipersalahkan. Jadi, takkan lelaki kena sebat juga?
Jadi, itu pendapat saya.
Saya faham bahawa kata-kata ‘Islamik’ sebegini direka-reka bagi menakutkan, bagi lelaki agar lebih menjaga perempuan. Tidak merosakkan perempuan. Tidak melukakan mereka. Ya, Islam mendidik kita untuk memuliakan wanita.
Tetapi BUKAN DENGAN HADITH PALSU, KENYATAAN PALSU, yang tidak berasas!
Amanah Ilmu itu kena jaga. Dengan tersebarnya perkara-perkara sebegini, Islam nampak sangatlah jumud. Sangatlah kasar. Sangatlah gila. Entah apa-apa, tiba-tiba lelaki itu kena sebat di neraka. Sedangkan, sebab untuk seseorang perempuan menangis kerana lelaki yang disayanginya ada banyak. Entah berapa ramai isteri yang menangis kerana sayangkan suaminya. Itu kena sebat jugakah?
Jadi nasihat saya, janganlah sebarkan statement-statement macam ini.
Islam itu realistik.
Adil.
Praktikal.
Sederhana.
COMMENT THIS POST